Sunday, 16 September 2012

Ringankan mulut untuk ucapan TERIMA KASIH.

   Terima kasih membawa maksud syukur.Mereka yang mengucapkan terima kasih akan selalu berada dalam keadaan bagus.Kebiasaannya Terima kasih diucapkan dalam nada yang lemah lembut dan raut wajah yang selesa dengan senyuman yang ikhlas.Jarang sekali mereka yang mengucapkan terima kasih mempunyai perwatakan yang buruk.Kita perlu membiasakan diri dengan mengucapkan terima kasih walaupun dengan perkara yang kecil.Perkara ini perlu dilatihkan dari kecil lagi.

   Ucapan terima kasih dapat diungkapkan dalam pelbagai cara.Sebagai contoh:

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini
Terima kasih kerana tolong
Terima kasih kepada kawan2
Terima kasih mak dan ayah
Terima kasih cikgu
Terima kasih semua....

Sememangnya ucapan terima kasih memang banyak cara untuk diucapkan.Rajin-rajinlah untuk mengucapkan TERIMA KASIH selalu...

No comments:

Post a Comment